Monday, January 5, 2009

Giorgio dan Azizah

“Pronto! Selamat petang, saya Maria Antonietta. Boleh saya cakap dengan Giorgio kalau dia ada di sana ”, suara di telefon menegur Azizah.

“Selamat petang. Giorgio tidak ada di sini, Signora siapa? Boleh saya ambil pesan?". Azizah menjawab agak gementar kerana dia mengesyaki siapa wanita itu.

“Saya isterinya. Maaf kalau saya mengganggu Signorina. Saya perlu bercakap segera dengan Giorgio tapi telefon rumahnya tidak ada jawab. Saya tanya kawannya Franco dan katanya Giorgio mungkin ada di rumah Signorina”.

“Dia akan datang malam ini. Saya boleh suruh dia hubungi Signora. Signora bercakap dari Milano ke?”
“Ya, dan dia tahu nombor telefon saya. Terima kasih. Selamat petang Signorina”. Suara itu memutuskan percakapan.

Hairan, sedikitpun tidak ada ada kemarahan atau kepahitan pada suara Maria Antonietta, isteri sah Giorgio itu. Mungkin tujuh tahun telah mendamaikan sikapnya terhadap Giorgio. Apa sebenarnya yang begitu penting hingga dia menelefon ke rumahnya, Azizah berfikir. Giorgio jarang berceritakan hal isternya, dan Azizah sendiri tidak tahu apa sebab mereka berpisah. Dalam hubungan mereka memang tiada apa lagi, cuma anak mereka Luca. Soal perceraian mereka pun masih terapung-apung.

Inilah yang menjadi kerisauan kepada Azizah. Dia yakin hasrat Giorgio untuk mengahwininya adalah benar dan jujur. Giorgio telahpun kebelakangan ini memohon Mahkamah Gereja Katholik untuk membatalkan perkahwinannya dengan Maria Antonietta, satu-satu cara yang dibuat oleh orang tempatan sebagai alternatif kepada perceraian yang tidak boleh dilakukan. Tetapi pembatatalan itu memakan masa dan agak sukar walaupun boleh dicapai akhirnya.

Giorgio sering juga memujuk Azizah untuk menidurinya tetapi Aziah tegas dengan penolakannya. “Agamaku, pendidikanku dan peribadiku tidak membenarkannya. Kalau kau benar-benar sayang padaku tunggulah hingga kita bernikah”. Itulah jawapan tegas yang sering diberi oleh Azizah.

Giorgio tidak mendesak, tetapi Azizah khuatir juga sampai bila kesabaran Giorgio akan teruji. Giorgio, yang pernah beristeri itu, apalagi sebagai seorang lelaki Latin yang berdarah gemuruh tentu dari masa ke semasa perlu memenuhi keperluan jasmnainya. Lihat sahaja Franco, tidak habis-habis bertukar teman wanita. Tetapi Giorgio selalu menyakinkan Azizah bahawa dia tidak akan membelutinya. Azizah ingin percaya tetapi apa yang tidak diketahuinya tidak mengganggunya. Dia belum lagi mempunyak hak atas Giorgio.

Azizah sendiri amat cintakan Giorgio dan tidak pernah merasai sebahagia saperti yang dirasai sekarang, sejak menjalin hubungan dengan Giorgio. Baru lah ia faham ungkapan 'bagai menatang minyak yang penuh', kerana sedemikianlah Giorgio melayani hubungan mereka. Di saat2 kemesraan mereka Azizah pernah bergurau dengan menanyakan setakat manakah cinta Giorgio terhadapnya. Dan Giorgio dengan romantis menjawab, " Aku cinta pada mu Zizi, hari ini lebih dari semalam dan kurang dari esok...."

Namun demikian, Azizah amat peka bahawa dalam tiap-tiap kehidupan lelaki Itali, wanita yang paling penting ia lah ibu nya, walau pun ia telah berkahwin, atau mempunyai ratusan teman wanita pun. 'Mamma' ialah segala2 nya bagi saorang lelaki di negeri ini, sebab itu lah wujud nya expressi MAMMA MIA! Dan Giorgio pun tidak terkecuali dari sifat ini; dia tetap rapat dan terikat dengan ibu tua dan dua orang kakak nya yang tinggal di Bologna. Azizah sering mendengar perihal sasabuah rumahtangga di sini yang gugat disebabkan si isteri tidak tahan keterlaluan hubungan rapat si suami dengan ibu nya. Malahan saorang dari kenalan Azizah, Silvana, telah pun baru baru ini berpisah dengan suami nya walau pun mereka sudah mempunyi tiga orang anak disebabkan derita menerima kasih sayang suaminya yang berbelah bagi dengan si ibu!

*****************************

Azizah pernah berfikir sekiranya Giorgio memeluk agama Islam, serta-mereta dia layak beristeri lebih dari seorang. Tetapi dalam undang-undang Itali dia akan bersalah dan boleh didakwa berbigami kerana dia masih suami sah kepada Maria Antonietta. Permohonan pembatalan perkahwinan mereka masih tiada apa-apa perkembangannya. Bukan dia sahaja, malahan beribu-ribu permohonan masih tergantung termasuk permohonan Puteri Caroline, anak Putera Rainer dan Puteri Grace dari Monaco, yang mahu membatalkan perkahwinannya dengan playboy Philippe Junot.

Azizah sedar kontraknya dengan majikannya akan tamat tidak lama lagi. Dia mesti membuat sesuatu keputusan. Dia gemar dengan kerjanya dan kehidupan di kota Roma, lebih-lebih lagi dengan adanya Giorgio. Dia boleh memohon menyambung kontraknya dan sebaliknya jika dia berkahwin dengan Giorgio, soal kerja dan permastautinya di Itali tidak timbul lagi. Tetapi Giorgio masih belum membuat apa-apa tindakan yang khusus.

“Kenapa kita tidak tinggal bersama sahaja sebagai suami isteri? Apakah pentingnya sekeping kertas untuk mengesahkan taraf kita sebagai pasanngan yang sah. Aku cinta padamu lebih dari apa-apapun Zizi? Adakah itu tidak cukup? Cinta adalah segala-galanya, lebih penting dari apapun!” Giorgio akhirnya mengeluarkan fikirannya.

Azizah tidak terkejut dengan saranan Giorgio itu. Malahan dia agak anih kenapa sedemikian lama baru terkeluar kata-kata itu dari Giorgio.

"Kau lebih tahu yang itu adalah perkara mustahil buatkan Giorgio. Sabarlah, mungkin harapan suci kita akan tercapai juga". Azizah menjawab mengalah, namun di hati kecilnya dia mula merasa curiga yang Giorgio tidak akan sanggup bersabar dan menunggu.........

1 comment:

Unknown said...

Wish this were in English... I could only understand the first sentence :(
Rossana